Entry: MB: Kuota baru rumah tidak nafi hak kaum lain Saturday, October 04, 2008



Oct 4, 08 7:32pm
Penetapan kuota bagi semua jenis rumah untuk Bumiputera di Kedah, yang dinaikkan daripada 30 peratus kepada 50 peratus, tidak menafikan hak mana-mana kaum, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya, dasar baru itu telah dipersetujui anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri bagi memastikan setiap rakyat terutama golongan kelas pertengahan mampu memiliki rumah sendiri.
    
"Keputusan ini juga dibuat selepas kajian mendapati masih ramai bumiputera tidak dapat membeli rumah kerana kuota itu tidak mencukupi.
    
"Majoriti 1.5 juta (daripada kira-kira dua juta rakyat) adalah orang Melayu dan yang lain campuran India, Cina dan lain-lain dan kita ada banyak bukti apabila orang (Bumiputera) hendak beli rumah, pemaju kata sudah habis dijual,"  katanya dalam laporan Bernama.

Azizah memberitahu pemberita demikian di majlis rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri di kediaman rasminya di Sri Mentaloon, di Alor Star hari ini.
    
Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Kedah Ricque Liew dalam akhbar hari ini yang mendakwa syarikat pemaju mungkin gulung tikar jika kerajaan negeri tidak memansuhkan dasar baru itu.

Liew yang mahu kerajaan negeri mengikut dasar kuota nasional 30 peratus mendakwa, langkah itu akan menyebabkan keuntungan penjualan balik hartanah yang dibeli oleh Bumiputera  mengikut harga pasaran terhad.
    
Sementara itu, Azizan berkata kerajaan negeri juga mahu pemaju perumahan membina lebih banyak rumah mampu milik seperti kos sederhana berbanding berharga tinggi mencecah RM300,000 supaya mampu dibeli golongan pertengahan khususnya di bandar.
    
"Kerajaan nak pastikan rakyat mampu miliki rumah, kalau harga rumah lebih RM250,000, warganegara asing sahaja akan beli.

"Keputusan ini juga adalah demi kepentingan orang ramai tapi kalau cakap pasal keuntungan, memang (pemaju) akan tutup (gulung tikar). Tapi tak mungkin mereka akan tutup," katanya.

   2 comments

Jans
November 16, 2008   09:34 PM PST
 
En Nasir..klu cina x suka suruh sj p penang..kuota bnyk kt depa sana..
Azmi Shah
October 22, 2008   01:51 PM PDT
 
TALQIN KIAMAT
( IMAM MAHDI )

————————————————–

( SULIT DAN PERSENDIRIAN )

Salinan kepada:

Yang Di Pertuan Agong Malaysia ( Baginda Sultan Mizan )

Pejabat Istana Negara ( u/p Ust. Abd Aziz, Ust. Abd Rahman)

Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (u/p Mufti)

Pejabat Perdana Menteri Malaysia

—————————————————

JUMAAT 17 OKTOBER 2008

Sila layari www.layarbahtera.com .Terima Kasih

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments