Entry: IHYA RAMADHAN DI DATARAN DBI 4 SEPT Monday, September 08, 2008



September 4, 2008

IPOH: Umat Islam, khususnya di negeri Perak Darul Ridzuan untuk pertamakalinya dalam sejarah 51 tahun kemerdekaan negara dijemput bersama-sama berbuka dan bersolat tarawih bersama-sama Menteri Besar di Dataran DBI di sini bermula malam ini (4 Sept)

Dato Seri Ir Haji Mohammad niar Jamaluddin akan merasmikan majlis berkenaan yang dinamakan sebagai program Berbuka Puasa, bersolat Tarawih dan Tazkirah’.

Majlis akan bermula dengan ketibaan Menteri Besar jam 6.45 petang, diikuti tahlil. berbuka puasa, solat maghrib dan jamuan. Selepas itu, majlis akan diikuti solat isya dan solat sunat terawih, witr dan tazkirah.

 Menurut Nizar, program itu akan diadakan setiap minggu pada Ramadhan ini, dan jika mendapat sambutan ia akan diadakan sekerap mungkin. Exco dan ahli-ahli yang berhormat kerajaan negeri Pakatan Rakyat dijadualkan hadir sama.

Majlis ini terbuka kepada semua, termasuk musafir. Ia meliputi sembahyang tarawih dan tazkirah yang akan dijadual dipimpin oleh Nizar sendiri. Lebih 300 orang dijangka hadir dalam program ini yang bertujuan ‘menghidupkan’ malam Ramadan secara lebih meluas dan terbuka.

Nizar turut menggesa semua jabatan kerajaan dan syarikat yang mempunyai pekerja Islam turut sama mengadakan tazkirah pada waktu-waktu bersesuaian sepertimana dilaksanakan di pejabat Setiausaha Kerajaan negeri. end/anr

   1 comments

web design
April 15, 2009   05:03 PM PDT
 
MERDEKA

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments