|
Saturday, January 10, 2009
Posted at 02:52 pm by mohdnasir
Permalink
Friday, January 02, 2009
PENJELASAN ADUN KUBANG ROTAN ISU KEBAKARAN DI KUALA KEDAH
PENJELASAN ADUN KUBANG ROTAN ISU KEBAKARAN DI KUALA KEDAH
Seperti biasa RTM dan TV3 menjalankan kerja rutinnya melancarkan propaganda tidak berasas untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat. Kelmarin kedua buah stesyen penyiaran itu bersepakat menyiarkan berita yang menggambarkan pihak kerajaan Pakatan Rakyat tidak turun padang menangani isu kebajikan terhadap enam buah keluarga di Kampung Madrasah yang rumah mereka terbakar pada 21 Disember 2008. Selaku wakil rakyat Kubang Rotan saya dituduh membuat janji palsu kepada mangsa untuk menyediakan kediaman yang selesa kepada mereka dalam masa seminggu.
Berikut penjelasan yang ingin saya berikan bagi membetulkan kekeliruan yang ditimbulkan oleh RTM, TV3 serta pihak-pihak yang cuba menangguk di air keruh untuk mencari sedikit keuntungan politik di sebalik penderitaan mangsa kebakaran.
Sejak kebakaran berlaku semua jentera kerajaan negeri telah digerakkan sepenuhnya bagi membantu mangsa dan meringankan beban mereka. Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kubang Rotan, Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pertahanan Awam, Bulan Sabit Merah, Ahli-ahli MBAS, Majlis Ketua Kampung, Unit Amal Malaysia, Kelab Penyokong PAS, ahi-ahli serta penyokong Pakatan Rakyat betungkus lumus membantu mangsa dalam pelbagai bentuk bantuan. Begitu juga dengan NGO serta lain-lain badan kerajaan. Mereka menguruskan tempat tinggal sementara dan membekalkan makanan percuma sepanjang masa. Bahkan mereka berkampung di situ hingga ke saat ini.
Saya tidak pernah berjanji akan menyelesaikan masalah mangsa secara pasti dalam tempoh masa tertentu seperti didakwa, tetapi saya menyebut, “Insya’Allah saya cuba menyelesaikan masalah tuan-tuan sebelum persekolahan bermula.” Insya’Allah adalah istilah bahasa Arab yang bermaksud JIKA DIIZINKAN ALLAH.
Ekoran itu saya bekerja keras dengan semua agensi terbabit untuk menguruskan tempat kediaman sementara yang selesa kepada mangsa. Semuanya berjalan dengan lancar. Bagaimanapun terdapat beberapa halangan kecil yang terpaksa dilalui, menyebabkan hasrat tersebut tidak dapat ditunaikan sepantas kilat seperti yang kita kehendaki. Namun ia tetap dijangka jauh lebih cepat dari penempatan sementara mangsa Tsunami yang mengambil masa berbulan di Kedah dan bertahun di Pulau Pinang, di bawah kerajaan lalu.
Dakwaan bahawa pemimpin politik Pakatan Rakyat tidak turun padang adalah bohong semata-mata. Antara yang turun menangani masalah mangsa kebakaran tersebut ialah isteri YAB Menteri Besar, To’ Puan Faikah Hamzah, YB Ustazah Aishah Ghazali (Exco), YB Dr Ismail Salleh (Exco), YB Ir Phahrolrazi Md Zawawi (Exco), YB Lee Guan Aik (ADUN Kota Darulaman) dan YB Ahmad Kasim (Ahli Parlimen Kuala Kedah).
Bagaimanapun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda UMNO Kuala Kedah, Encik Shafik bin Shamsudin dan rombongan yang turun padang dan membuat ‘desakan’ terhadap kerajaan negeri selepas 9 hari tragedi kebakaran berlaku. Sekurang-kurangnya mereka turun juga daripada tidak turun langsung.
Saya kira sewajarnya Encik Shafik bin Shamsudin turut membuat desakan terhadap kerajaan Pusat kerana mereka juga turut mempunyai tanggungjawab terhadap rakyat yang berada di dalam negara ini. Pusat tidak boleh berlepas tangan dari membantu rakyat yang ditimpa bencana hanya kerana berbeza fahaman politik dengan Kerajaan Negeri walhal mereka mempunyai peruntukan yang lebih besar hasil dari kutipan cukai yang dibuat terhadap rakyat jelata.
AlhamdulilLah, usaha untuk memindahkan mangsa kebakaran ke rumah penempatan baru akan dibuat hari ini, 31 Disember, jam 2.30 petang dengan menjemput semua ketua keluarga mangsa kebakaran ke Wisma Darulaman untuk menyelesaikan proses-proses akhir yang berkaitan.
Akhir sekali saya meminta semua mangsa kebakaran bersabar dengan ujian yang ditimpakan oleh Allah SWT. Mungkin untuk meningkat darjat kita sebagai manusia yang beriman. Segalanya mempunyai hikmah yang Allah SWT sahaja yang maha mengetahui.
Insya’Allah, kebajikan rakyat adalah keutamaan kami. Penderitaan kamu tidak pernah tersisih dari lubuk sanubari kami.
MOHD NASIR BIN MUSTAFFA ADUN Kubang Rotan
31 Disember 2008.
Posted at 06:36 am by mohdnasir
Permalink
Saturday, October 04, 2008
MB: Kuota baru rumah tidak nafi hak kaum lain
|
| Oct 4, 08 7:32pm |
Penetapan kuota bagi semua jenis rumah untuk Bumiputera di Kedah, yang dinaikkan daripada 30 peratus kepada 50 peratus, tidak menafikan hak mana-mana kaum, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Katanya, dasar baru itu telah dipersetujui anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri bagi memastikan setiap rakyat terutama golongan kelas pertengahan mampu memiliki rumah sendiri. "Keputusan ini juga dibuat selepas kajian mendapati masih ramai bumiputera tidak dapat membeli rumah kerana kuota itu tidak mencukupi. "Majoriti 1.5 juta (daripada kira-kira dua juta rakyat) adalah orang Melayu dan yang lain campuran India, Cina dan lain-lain dan kita ada banyak bukti apabila orang (Bumiputera) hendak beli rumah, pemaju kata sudah habis dijual," katanya dalam laporan Bernama.
Azizah memberitahu pemberita demikian di majlis rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri di kediaman rasminya di Sri Mentaloon, di Alor Star hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Kedah Ricque Liew dalam akhbar hari ini yang mendakwa syarikat pemaju mungkin gulung tikar jika kerajaan negeri tidak memansuhkan dasar baru itu.
Liew yang mahu kerajaan negeri mengikut dasar kuota nasional 30 peratus mendakwa, langkah itu akan menyebabkan keuntungan penjualan balik hartanah yang dibeli oleh Bumiputera mengikut harga pasaran terhad. Sementara itu, Azizan berkata kerajaan negeri juga mahu pemaju perumahan membina lebih banyak rumah mampu milik seperti kos sederhana berbanding berharga tinggi mencecah RM300,000 supaya mampu dibeli golongan pertengahan khususnya di bandar. "Kerajaan nak pastikan rakyat mampu miliki rumah, kalau harga rumah lebih RM250,000, warganegara asing sahaja akan beli.
"Keputusan ini juga adalah demi kepentingan orang ramai tapi kalau cakap pasal keuntungan, memang (pemaju) akan tutup (gulung tikar). Tapi tak mungkin mereka akan tutup," katanya.
|
Posted at 10:44 pm by mohdnasir
Permalink
Wednesday, September 24, 2008
Penyata kewangan Negeri Positif
KUALA KEDAH, 10 September – Laporan semasa kewangan negeri Kedah menunjukkan perkembangan positif dengan terdapatnya lebihan puluhan juta ringgit di dalam penyata kira-kira kewangan negeri.
Demikian menurut Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Penyampaian Zakat Dan Berbuka Puasa di Masjid Kariah Kampung Hutan, Mukim Padang Hang, di sini.
"Kita dapat maklumat daripada Pegawai Kewangan Negeri, inilah kali pertama dalam masa enam bulan, kira-kira kewangan negeri kita positif," maklum beliau pada majlis itu.
Terdahulu, pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman pada petang itu, Ustaz Azizan mengarahkan Syarikat Milik Kerajaan Negeri (GLC) membuat laporan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung Jenayah Pecah Amanah yang berlaku di dalam pengurusan sesetengah GLC terbabit semasa di zaman pemerintahan Barisan Nasional.
Ujarnya, Kerajaan Negeri setelah enam bulan mengambil alih tampuk pemerintahan menjumpai banyak penyelewengan serta salah guna kuasa dan wang yang dilakukan pentadbiran terdahulu.
Dalam perkembangan lain, YAB Menteri Besar pada 5 Ogos lalu memaklumkan Kerajaan Negeri berjaya menjimatkan puluhan juta ringgit hasil daripada polisi belanja berhemah yang diamalkan selain mengurangkan 30 peratus peruntukan untuk pembangunan berikutan kenaikan harga minyak pertengahan Jun lalu.
Posted at 06:57 am by mohdnasir
Permalink
Thursday, September 18, 2008
PESANAN ISTIMEWA UNTUK RAKYAT ISLAM KUBANG ROTAN
Pemuda dan pemudi ku,
Kejarlah dan Intailah Malam Seribu Bulan
Sebagai sebuah kerajaan yang memerintah, selain dari memikirkan untuk memberi habuan dunia kepada rakyat dengan usaha menarik pelaburan dari luar negara, mempertingkatkan produktiviti anak negeri dan segala macam usaha bagi meninggikan ekonomi rakyat.
Maka sesuai dengan tema ‘Kedah Sejahtera’ – Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Kubang Rotan ingin menyeru umat Islam dalam DUN Kubang Rotan untuk bersama-sama memikirkan secara serius habuan atau hadiah istimewa yang diberikan oleh Allah swt kepada seluruh mukminin dan mukminat untuk mencari satu bonus sebagai bekalan yang penuh kesejahteraan ketika di alam akhirat nanti, iaitu dengan sama-sama mengintai malam Lailatul Qadar pada 10 malam-malam terakhir Ramadhan tahun ini dan Ramadhan tahun-tahun berikutnya, selagi nyawa dikandung badan.
Malam yang memberi bonus, amalan selama 1,000 bulan adalah satu tawaran yang tidak boleh dilepaskan oleh sesiapapun yang bergelar mukmin dan mukminat.
Kita boleh berusaha mendapat malam Lailatul Qadar ini, samada secara individu, berkeluarga atau berjamaah, di rumah, di surau atau di masjid.
Walaubagaimana pun bagi Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Kubang Rotan mengambil inisiatif untuk bergerak secara berjamaah dari masjid ke masjid sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan tahun ini, dalam usaha menggerakkan motivasi rakyat Islam Kubang Rotan mengejar bonus yang sengaja disembunyikan oleh Allah swt.
InsyaAllah program akan bermula jam 01.00 pagi dan berakhir dengan kuliah suboh di 10 buah masjid dalam DUN Kubang Rotan dan InsyaAllah makanan untuk bersahur akan disediakan oleh pihak AJK masjid berkenaan.
Berikut adalah senarai masjid yang telah diaturkan gilirannya:-
19 Ramadhan 1429 : Masjid Al-Ghufran, Akar Peluru, Jalan Pegawai.
20 Ramadhan 1429 : Masjid Kg Baru, Kuala Kedah
21 Ramadhan 1429 : Masjid Kuar Jawa
22 Ramadhan 1429 : Masjid Kubang Jawi
23 Ramadhan 1429 : Masjid Nurul Ihsan, Kbg Rotan
24 Ramadhan 1429 : Masjid Al-Maarof, Sbrg Kota
25 Ramadhan 1429 : Masjid Putra, Batu 6, Jalan Kuala
26 Ramadhan 1429 : Masjid Ehsan, Sbrg Perak
27 Ramadhan 1429 : Masjid Telok Chengai, Jln Kuala Kedah
28 Ramadhan 1429 : Masjid Nagore, Pekan Kuala Kedah
Kuatkan Tekad, Teguhkan Azam Mengejar dan Mengintai Malam Seribu Bulan Anugerah Tuhan Pencipta Alam
Semoga Berjumpa Di Sana!!!
Posted at 01:16 pm by mohdnasir
Permalink
Tuesday, September 16, 2008
Calon PAS diisytihar menang di Sanglang
|
|
Abdul Rahim Sabri | Sep 16, 08 1:19pm
|
Hashim Jasin diisytiharkan pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang buat kali ketiga berturut-turut selepas Mahkamah Persekutuan mendengar rayuannya hari ini.
Panel tiga orang hakim sebulat suara memutuskan kerusi itu dimenangi wakil rakyat itu, yang juga pesuruhjaya PAS Perlis, dan kemenangan calon BN Abdullah Hassan pada 8 Mac lalu dibatalkan.
Hakim-hakim memutuskan satu pilihanraya kecil tidak perlu diadakan.
Hashim memegang kerusi itu sejak pilihanraya umum 1999 tetapi akibat kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dalam pilihanraya umum lalu, beliau diisytiharkan tewas di tangan Abdullah.
|
Posted at 01:21 pm by mohdnasir
Permalink
Anwar mahu temui PM isu tukar k'jaan
|
|
Jimadie Shah Othman | Sep 15, 08 11:53pm
|
Pakatan Rakyat yang dikepalai Datuk Seri Anwar Ibrahim masih yakin rancangannya untuk membentuk kerajaan baru akan berjaya dalam masa terdekat.
Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan rancangan ketua pembangkang itu sebagai "sesuatu perkara yang karut".
Bercakap di depan puluhan ribu penyokong pembangkang di stadium Kelana Jaya malam ini, Anwar berkata Pakatan Rakyat telah menghantar surat hari ini untuk bertemu Abdullah bagi membincangkan isu pembentukan kerajaan baru.
"Petang tadi, (ahli parlimen DAP) Anthony Loke, (ahli parlimen PKR) Johari (Abdul) telah pergi ke Putrjaya, hantar surat untuk berjumpa segera dengan perdana menteri sebab kita mahukan perubahan aman dan tenteram," kata Anwar.
"Kita sudah ada jumlah (wakil BN yang akan melompat kepada Pakatan), dan kita telah bersedia. Hari ini 16 September, esok 17 September, kita bersedia membentuk kerajaan."
Anwar, yang juga penasihat PKR, meyakinkan para penyokongnya bahawa rancangannya untuk menubuhkan kerajaan dengan cara memujuk lebih 30 wakil rakyat BN meninggalkan parti itu "masih seperti dirancang."
"Apabila kita kata 'on track' (masih seperti dirancang), maksudnya 'on track'.
"Hendak jadi macam mana (perubahan kerajaan pada 16 September), mereka bawa (ahli-ahli parlimen BN) ke Taipei," katanya, merujuk lebih 50 wakil rakyat BN yang secara mendadak dibawa melawat Taiwan beberapa hari lalu.
"Tetapi kita ada cukup jumlah untuk mengalahkan BN. Bukan hendak paksa, pergi Putrajaya hendak heret, ambil alih (kuasa kerajaan pusat) bukan mengikut hukum rimba, yang lalu tetap berlalu.
"Esok kita akan umumkan pendirian kita."
Sementara di Kuala Terengganu, lapor Bernama, sambil menempelak tentang hasrat itu, Abdullah berkata pertukaran kerajaan baru tidak akan berlaku.
"Orang kita cepat sangat terkejut, tergempar, cepat sangat kelam-kabut tentang soal pertukaran kerajaan. Ketepikan semua perkara begini.
"Beri perhatian kepada perkara yang mendatangkan manfaat serta kebaikan dan bukan sembang kosong yang tidak beri manfaat.
"Kita suka sangat berhujah dan bersembang tentang perkara ini (pertukaran kerajaan). Perkara ini tidak akan berlaku," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan rakyat di Masjid Abidin malam ini.
Menurut agensi berita itu lagi, Abdullah meminta umat Islam meningkatkan ibadat bersempena bulan Ramadan dan tidak terlalu ghairah memperkatakan isu pertukaran kerajaan.
"Pembohongan ini menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut sehingga selepas berbuka dan Tarawih, bukan nak buat Taddarus tetapi yang dibincangkan ada hubung kait dengan pertukaran kerajaan.
"Sepatutnya kita guna bulan Ramadan ini untuk tingkatkan ibadah untuk kemuliaan di sisi Allah dan tidak digunakan bersembang perkara yang tidak akan berlaku," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai peletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Anwar membayangkan wujud perbincangan antara pihaknya dengan bekas ketua bahagian Umno Kota Bharu itu.
"Terima kasih kepada Zaid. Dalam beberapa hari lagi akan ada berita baik daripada Zaid. Ada orang kata kita beli (Zaid). Bukan beli, tetapi dia benci penahanan (bawah) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)," kata bekas timbalan perdana menteri.
Anwar bagaimanapun tidak menjelas lanjut berhubung perkara itu.
Zaid hari menyerahkan surat peletakan jawatan, namun perdana menteri memintanya bercuti sebelum mengambil keputusan muktamad tentang perkara tersebut. |
Posted at 02:13 am by mohdnasir
Permalink
Monday, September 15, 2008
Teringin sungguh nak percaya Syed Hamid!
 Dulu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mendakwa akan berlaku demonstrasi besar-besaran di Parlimen pada 14 Julai 2008 ketika usul undi tidak percaya percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hendak dibentangkan. Laluan ke Parlimen disekat seolah-olah Parlimen telah menjadi zon perang:
Padahal tak ada siapa rancang pun:
Akhirnya "perang" di dalam Dewan Rakyat:
Syed Hamid pula dikepung, risikan menatang apa tu? Menggelejat juga nampaknya:
Kali ini, wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) "untuk keselamatannya", kata Syed Hamid.
Pemberita pun "not above the law," katanya. Ahmad Ismail?:
Kerajaan Barisan Nasional tak salahgunakan ISA. Ada faham? Dengar ni:
bakaq a.k.a ~penarik beca teringin sungguh nak percaya Menteri Dalam Negeri! Rasa-rasa macam ada perbezaan antara kenyataan di atas dan di bawah ni (Laaa!! Hang pun kena, Din! Hang pun Din... Hang tak tau ka, 14/7/08 dulu Syed Hamid tak pernah buat andaian, mereka-reka cerita dan membangkitkan kegelisahan dan lebih bertanggungjawab. Kalau tak ada berita, jangan sampaikan berita yang cuba menggugat, mengelirukan pandangan rakyat jelata!!):
Posted at 01:34 am by mohdnasir
Permalink
Wednesday, September 10, 2008


Selamat Menyambut Hari Kemenangan!
Posted at 01:43 am by mohdnasir
Permalink
Monday, September 08, 2008
IHYA RAMADHAN DI DATARAN DBI 4 SEPT
IPOH: Umat Islam, khususnya di negeri Perak Darul Ridzuan untuk pertamakalinya dalam sejarah 51 tahun kemerdekaan negara dijemput bersama-sama berbuka dan bersolat tarawih bersama-sama Menteri Besar di Dataran DBI di sini bermula malam ini (4 Sept)
Dato Seri Ir Haji Mohammad niar Jamaluddin akan merasmikan majlis berkenaan yang dinamakan sebagai program Berbuka Puasa, bersolat Tarawih dan Tazkirah’.
Majlis akan bermula dengan ketibaan Menteri Besar jam 6.45 petang, diikuti tahlil. berbuka puasa, solat maghrib dan jamuan. Selepas itu, majlis akan diikuti solat isya dan solat sunat terawih, witr dan tazkirah.
Menurut Nizar, program itu akan diadakan setiap minggu pada Ramadhan ini, dan jika mendapat sambutan ia akan diadakan sekerap mungkin. Exco dan ahli-ahli yang berhormat kerajaan negeri Pakatan Rakyat dijadualkan hadir sama.
Majlis ini terbuka kepada semua, termasuk musafir. Ia meliputi sembahyang tarawih dan tazkirah yang akan dijadual dipimpin oleh Nizar sendiri. Lebih 300 orang dijangka hadir dalam program ini yang bertujuan ‘menghidupkan’ malam Ramadan secara lebih meluas dan terbuka.
Nizar turut menggesa semua jabatan kerajaan dan syarikat yang mempunyai pekerja Islam turut sama mengadakan tazkirah pada waktu-waktu bersesuaian sepertimana dilaksanakan di pejabat Setiausaha Kerajaan negeri. end/anr
Posted at 04:52 am by mohdnasir
Permalink
|
|