|
Sunday, August 31, 2008
Posted at 01:08 am by mohdnasir
Permalink
Saturday, August 30, 2008
Ihya Ramadhan DUN Kubang Rotan
Posted at 10:51 pm by mohdnasir
Permalink
Friday, August 29, 2008
Tanpa Islam Manusia Pasti Hancur
Oleh attakiri
" Penulis menerima begitu banyak komentar terhadap tulisan yang bertajuk “DAP Pun Pertahankan Dasar”. Walaupun penulis sudah menyebut bahawa penumpuan tulisan bukan kepada isi kandungan perjuangan DAP tetapi lebih kepada istiqamahnya pimpinan DAP dan ahlinya terhadap dasar perjuangan Parti mereka . Jadi Ahli PAS lebih perlu untuk mempertahankan dasar perjuangan kerana Islam merupakan satu agama yang cukup jelas lagi nyata. Jadi dasar PAS cukup jelas.
Ada juga pandangan supaya PAS perlu memahamkan DAP tentang Islam. Persoalan ini telah pun dijawab oleh Tuan Guru Dato’ Mursyidul Am PAS yang telah menjemput Pengerusi DAP supaya melawat Kelantan untuk memahami tentang konsep Negara Islam yang telah pun dilaksanakan di Kelantan. Tetapi sampai sekarang Pengerusi DAP masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi saranan Mursyidul Am PAS pusat tersebut. Apa yang perlu difahami semua ialah apa dia Islam yang kita anuti. Kadang-kadang umat Islam sendiri tidak faham pengertian Islam dalam konsep yang sebenarnya. Islam bukan sekadar agama yang merangkumi bab Ibadah semata-mata seperti Kristian, Budha, Hindu dan sebagainya. Tetapi Islam lebih kepada panduan kepada manusia untuk hidup. Sebagaimana manusia memerlukan makanan, begitu juga mereka memerlukan Islam bahkan lebih daripada itu. Tanpa Islam dunia pasti hancur dek kerana kerakusan nafsu manusia yang dibantu dengan hasutan syaitan yang tidak kesudahan. Lihatlah kepada ucapan Jaafar bin Abi Talib ketika berdepan dengan raja Habsyah untuk menerangkan tentang Islam “ Wahai Raja Habsyah, sebelum ini kami adalah orang yang jahil, menyembah berhala, memakan bangkai binatang, berkelakuan tidak sopan, memutuskan tali kekeluargaan, berbuat jahat terhadap jiran kami, dan yang kuat di kalangan kami menekan yang lemah. Inilah sikap kami sehinggalah Tuhan mengutuskan seorang nabi kepada kami. Kami tahu keturunannya, kejujurannya, sikap amanahnya, dan kesuciannya. Beliau menyeru kami kepada Allah dan supaya menyembahNya sahaja dan meninggalkan semua yang kami sembah selain daripada Dia. Beliau memerintahkan kami supaya bercakap benar, bersikap amanah, menguatkan tali kekeluargaan, berbuat baik kepada jiran-jiran, tidak memakan darah, tidak berkelakuan tidak sopan, serta jangan berbohong, mencuri harta anak yatim dan memfitnah wanita yang suci. Beliau juga memerintahkan kami supaya menyembah Allah sahaja dan tidak menyekutukannya dengan apa jua. Beliau memerintahkan kami supaya bersembahyang, bersedekah dan berpuasa (dan beliau menyenaraikan perintah-perintah Islam). Lalu kami beriman dengannya, menerima ajarannya, dan mematuhi apa yang diterimanya daripada Allah, menyembah hanya Allah dan tidak menyekutukan sesiapa denganNya, menahan diri daripada apa yang dilarang, dan menerima segala yang dihalalkan buat kami. Atas sebab ini kaum kami memusuhi kami. Mereka menyeksa kami dan menindas kami dengan harapan dapat mengembalikan kami daripada menyembah Allah kepada menyembah berhala, dan agar kami menerima apa yang kini kami anggap perbuatan-perbuatan yang keji. Maka setelah mereka menindas kami, berlaku zalim terhadap kami, mengongkong kami, dan menghalang kami daripada agama kami, kami lari ke negaramu dan memilihmu daripada yang lain, mengharapkan perlindungan, dan agar kami tidak perlu takut akan ketidakadilan dengan adanya tuanku." Ucapan yang cukup hebat dan spontan ini member gambaran bahawa Islam merupakan agama yang membawa ketamadunan kepada manusia sejagat. Begitu dengan apa yang berlaku sekarang ini khususnya di Malaysia. Islam telah mengajarkan kepada manusia perkara keji yang akan merosakkan manusia dan Negara seperti pengharaman rasuah, riba, penindasan kepada manusia, kezaliman. Islam juga telah mengajar cara memilih pemimpin yang adil dan tidak korup. Islam juga mengajar bagaimana untuk membina sebuah Negara yang aman dengan mempekenalkan konsep taqwa dalam masyarakat, perlaksanaan hukum Jenayah Islam yang merangkumi Hudud, Qisas dan Ta’zir. Memperkenalkan cara suaka politik, cara untuk berdamai, konsep ekonomi dengan memperteguhkan konsep amanah, bagaimana untuk menguruskan golongan yang tidak berkemampuan dan sebagainya. Semua ini telah diperkenalkan oleh Islam melalui Al-Quran yang diterjemahkan dalam konteks semasa tanpa menghilangkan isi kandungannya. Sebahagian konsep ini telah pun dilaksanakan di Kelantan mengikut bidang kuasa yang ada. Jadi inilah konsep yang hendak diperjuangkan oleh PAS. PAS telah pun melancarkan Dokumen Negara Islam yang menerangkan tentang komsep ini secara ringkas dan padat. Jadi sesiapa pun samada DAP, MIC, MCA dan golongan bukan Islam yang lain tidak perlu takut kepada Perjuangan PAS untuk menegakkan Islam. Jangan bayangkan Islam seperti Kristian. Jangan Bayangkan Negara Islam seperti Negara Kristian yang dengan jelas menentang fitrah kemanusiaan. Bayangkan Islam seperti mana pemerintahan Nabi di Madinah, Khulafa’ Ar-Rasyidin, Khalifah-khalifah Islam seperti Muawiyyah bin Abi Sufyan, Umar Abdul Aziz, Harun Ar-Rasyid, Sultan Abdul Hamid dan ramai lagi tokoh-tokoh pemerintah Negara Islam. InsyaAllah jika Islam diletakkan sebagai teras pemerintahan Negara, nescaya pemimpin dan Negara akan mencapai kemajuan yang bukan sahaja bersifat kebendaan tetapi lebih kepada kemajuan yang bersifat kerohanian dan modal Insan. Yang penting perjuangan Islam perlu diteruskan. Jangan hanya kejarkan kuasa sehingga prinsip perjuangan digadaikan. Matlamat PAS ialah mendapatkan kuasa untuk melaksanakan Islam Teruskan Perjuangan www.attakiri.blogspot.com
Posted at 11:56 pm by mohdnasir
Permalink
Thursday, August 21, 2008
Projek tidak wujud, dua Exco dianiaya - MB Perak
Alhusseyn dan Johari Jaafar Thu | Aug 21, 08 | 11:18:10 am MYT |
|
IPOH, 21 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan kewujudan projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar yang didakwa menjadi punca penahanan dua Exco Kerajaan Negeri dan enam yang lain oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).
|
Iklan |
|
 |
|
| |
|
Sehubungan itu, beliau menegaskan keyakinan bahawa mereka yang terbabit kemungkinan dianiayai.
"Kerajaan Pakatan Rakyat menafikan ada meluluskan mana-mana projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar; projek tersebut tidak wujud, jadi mustahil kedua-dua Exco boleh membantu meluluskan projek itu," katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.
"Kami yakin kedua-dua Exco dan rakan-rakannya telah dianiaya; Kerajaan Pakatan Rakyat tidak tergugat dan akan terus tadbir dan urus negeri seperti biasa," katanya.
Nizar bagaimanapun menyerahkan kepada BPR untuk melakukan siasatan dan keputusan kes tersebut akan ditentukan melalui proses undang-undang.
Beliau juga berjanji akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung isu itu.
Di masa yang sama, Nizar mengumumkan keputusan Pakatan Rakyat Perak untuk membentuk panel peguam untuk membantu pembelaan dua Exco terbabit.
Dua Exco Perak yang ditahan reman BPR bagi membantu siasatan semalam ialah Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang juga Adun Changkat Jering, Kepten (B) Osman Mohd Jailu dan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan, yang juga Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi.
Selain dua exco kerajaan negeri itu, yang lainnya ialah seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah, seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan dua orang peniaga.
Seorang lagi yang didakwa terlibat ialah bekas Adun Bota, Kepten (B) Usaili Alias.
Difahamkan, dua ahli exco yang ditahan itu, tidak terbabit dalam rasuah seks.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Pengerusi DAP Perak yang juga ahli exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham menyifatkan penahanan dua pemimpin Pakatan itu sebagai satu tindakan BN untuk melemahkan kerajaan negeri.
"Ini hanyalah satu percubaan untuk melemahkam Pakatan di Perak, dan satu percubaan untuk menyumbat mereka ke penjara," kata Ngeh, ketika ditemui Malaysiakini di lobi Parlimen, semalam.
Ngeh berkata, perkhidmatan kedua-dua ahli exco itu tidak akan digantung sepanjang penyiasatan dijalankan oleh BPR, sambil menegaskan bahawa mereka telah dianiaya.
"Kami mengesyaki yang mereka telah dianiaya. Jadi, bagaimana perkhidmatan mereka hendak digantung?" tegasnya.
Beliau juga menyentuh tentang 'tindakan pantas" BPR bertindak dalam kes-kes yang membabitkan wakil rakyat Pakatan.
"Apa yang paling mengecewa dalam hal ini, ialah mengapa BPR bertindak pantas sekali dalam mengambil tindakan terhadap kita, sedangkan kita juga telah membuat banyak laporan terhadap BN tentang perbuatan rasuah mereka?" soalnya.
Ngeh, yang juga ahli Parlimen Beruas, mempertahankan pemimpin Pakatan, sambil berkata mereka telah diingatkan supaya jangan terbabit dalam rasuah sebelulm kerajaan negeri ditubuhkan dahulu.
"Kita mahu mengisytiharkan bahawa kita telah memberi penekanan terhadap ketelusan dan penubuhan sebuah kerajaan yang bebas rasuah, sebelum kita menubuhkan kerajaan negeri," tambahnya. - tajdid _ |
Posted at 03:29 pm by mohdnasir
Permalink
Sunday, August 03, 2008
Penjual baju T Bersih dipanggil polis
|
| Abdul Rahim Sabri | Aug 1, 08 9:16pm |
kemaskini 10:12pm Dua penjual baju T kuning - simbol bantahan terbesar dalam sejarah Malaysia - Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan berhubung demonstrasi besar 10 November tahun lepas.
Abdul Halim Mohd Sharif dan seorang lagi yang hanya mahu dikenali sebagai Azif dipanggil ke ibu pejabat polis bahagian jenayah perdagangan jam 10 pagi Selasa depan.
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Halim berkata, beliau akan pergi bersama dengan peguamnya Khairudin Othman.
Menurut Azif pula, beliau akan diiringi oleh kakitangan sekretariat Bersih.
Dihubungi berasingan awal malam ini, kedua-dua pemuda tersebut berkata mereka akan memberi kerjasama kepada polis.
Mereka berkata penjualan baju T itu sekadar "membantu kawan-kawan."
Puluhan ribu penyokong pembangkang memenuhi tengah ibu kota tahun lepas bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendesak pilihanraya yang bebas penyelewengan.
Bersih adalah gabungan parti-parti pembangkang dan lebih 70 badan bukan kerajaan.
Satu daripada empat tuntutannya - memperkenalkan dakwat kekal di jari pemilih bagi mengelak kejadian pengundian berganda - hampir dilaksanakan, tetapi dibatalkan di saat-saat akhir.
Pada 12 Jun lalu, dua petugas urusetia Bersih dipanggil ke ibu pejabat polis yang sama berhubung siasatan perhimpunan tersebut.
Faisal Mustaffa, yang juga jurucakap urusetia itu, dan Medaline Chang memberikan keterangan kepada pegawai penyiasat ASP Amran Md Jusin.
ASP Amran juga pegawai sama yang menyiasat kelima-lima pemimpin Pakatan Rakyat yang terlibat dengan Bersih lima hari selepas demonstrasi bersejarah itu.
Mereka adalah: naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, naib presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan DAP Ronnie Liuserta dua jawatankuasa PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Mohd Anuar Tahir.
Abdul Halim dan Azif akan disiasat oleh pegawai polis yang sama. |
Posted at 01:50 am by mohdnasir
Permalink
Saturday, August 02, 2008
Kedah perkenal peraturan imej wanita bertudung
Roslan SMS Sat | Aug 02, 08 | 7:44:22 pm MYT |
|
Ketika saya membaca berita dari sebuah akhbar tempatan Khamis lalu berkenaan keputusan kerajaan negeri Kedah untuk memperkenalkan peraturan baru berhubung imej wanita bertudung di papan-papan tanda iklan, seorang wartawan tempatan seolah tidak berpuas hati, patutnya beri tumpuan pada pencegahan rasuah katanya.
Beliau mungkin menganggap peraturan menutup aurat itu kecil, itu masalah beliau (dan mereka yang sehaluan dengannya).
Menurut Exco yang berkenaan, Dato' Hj Taulan Rasul, Kedah akan mengikuti peraturan yang sama yang diguna pakai di Kelantan. Ini bermakna sebaik diluluskan, semua papan-papan tanda di negeri Kedah yang menggunakan model wanita diwajib memastikan yang gambar model tadi hendaklah bertudung yakni menutup aurat.
Ya, bagi mereka yang liberal, fleksible, moderat atau apa sahaja, mungkin langkah ini sesuatu yang remeh-temeh. Tetapi bagi mereka yang megamalkan Islam, ianya sesuatu yang penting yang perlu dilaksanakan apabila kuasa diberikan oleh Allah swt.
PAS berjuang untuk mendapatkan kuasa, melalui kuasa tadi memungkinkan ia melaksanakan dasar dan matlamat perjuangannya. Memang membenteras rasuah dan kezaliman juga sebahagian dari tuntutan Islam, ia tidak pernah dikesampingkan, namun dalam waktu yang sama pembentukan akhlak dan sakhsiyah rakyat turut menjadi tanggungjawabnya.
Perkara yang mudah dan ringan dan boleh didahulukan, wajarlah di dahulukan, tidak bermakna berlewa tentang yang besar dan berat-berat yang turut sama perlu dilaksanakan. Semuanya akan dilaksana berperingkat-peringkat tanpa alasan, kerana PAS berjuang kerana dan untuk Islam.
Itulah politik PAS sejak ditubuhkan lebih 50 tahun dahulu, dan sesiapa yang mahu berkawan dan berpakat dengan PAS perlulah memahami dan akur akan hal itu, terang-terang.
Kalau Karpal boleh menyambut baik kenyataan Presiden PAS berhubung tiadanya kerajaan campuran dengan Umno, maka ia juga perlu bersedia menyambut baik, Islam yang mahu PAS laksanakan setelah memperolehi kuasa. - tmj_ |
Posted at 10:05 pm by mohdnasir
Permalink
Wednesday, July 30, 2008
SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT.
Kepada,
Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS.
Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS si atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas ketelanjuran ini.
Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat pribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai Ketua Penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian. Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS. Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.
Saya berharap individu terbabit dapat tampil kehadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh Presiden Umno baru-baru ini. Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka. Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS. Lebih memeranjatkan lagi apabila ‘muzakarah’ tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh Presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN. Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.
Apabila bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama 4 hari berturut-turut selepas pilihan raya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti. Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu. Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku. Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara Perdana Menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.
Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut. Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti. Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas ’pembohongan’ ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat. Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor Universiti Tempatan yang telah mengingatkan bahawa ”jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita”. Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas.
Saya mengakui bahawa sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia. Saya menyeru pimpinan PAS supaya jujur kepada ahli-ahli dan penyokong parti serta berusaha memperkukuhkan pakatan politik sedia ada. Saya mengajak ahli-ahli PAS memerhatikan hakikat sejarah yang ada supaya kesilapan itu tidak berulang.
Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku. Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini.
Maafkanlah saya.
Sekian, wassalam.
Yang benar,
HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Pokok Sena
Posted at 12:52 am by mohdnasir
Permalink
Tuesday, July 29, 2008
Kebersihan Sebahagian Dari Iman
Sejak dari kecil umat Islam diajar mengenai kebersihan. Anak-anak kecil peringkat pra sekolah (PASTI) telah diajar mengenainya dan diajar mengahafal hadis bermaksud "Kebersihan sebahagian dari iman" Masalahnya hadis itu hanya dihafal seperti burung kakak tua menghafal tanpa memahami dan mahu melaksanakan apa yang dihafal. Gambar: Sebelum Operasi Cuci DiLakukanIni jelas terbukti dengan sikap umat Islam sendiri yang tidak mahu mengambil berat mengenai kebersihan. Baru-baru ini operasi pembersihan sungai Tok Pasai, Pekan Kuala Kedah dengan inisiatif PKWR setelah mendapat aduan dari penduduk dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah dilakukan Dari manakah sampah itu datang? Ia datang dari satu tabiat buruk rakyat yang suka membuang sampah kedalam sungai. Yang lebih menyedihkan lagi ketika operasi tersebut kami sedang lakukan pun, mereka sanggup mencampakkan sampah tanpa merasakan bersalah. Apakah selama 50 tahun lepas mereka tidak dididik. Apakah mereka tidak merasakan bahawa dengan mereka mencampakkan sampah kedalam sungai, maka sudah kurang separuh dari iman mereka.  Sehingga berita ini ditulis, sekitar 50 lori sampah yang bertimbun dalam sungai tersebut telah diangkut keluar. Jika tabiat buruk membuang sampah kedalam sungai tidak dikikis, kami merasakan dalam tempuh tidak sampai sebulan sungai Tok Pasai, Kuala Kedah akan kembali dipenuhi sampah. Berubahlah rakyatku demi kesehjahteraan kita semua dan ianya juga ada hubungkait dengan beriman kepada Allah swt. Jagalah tangan mu supaya sentiasa mencari tong sampah untuk membuang sampah dan jangan membiarkan tangan itu secara automatik mencampak sampah kemana-mana. 
Posted at 10:02 am by mohdnasir
Permalink
Thursday, July 24, 2008
Tutup fail muzakarah, hanya ada sekadar muqabalah - Mursyidul Am
Lanjusoh & Salmah Mat Husain Wed | Jul 23, 08 | 8:19:30 pm MYT |
|
KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu muzakarah sudah tutup fail dan apa yang berlaku sekadar pertemuan biasa (muqabalah).
"Pada kenyataan yang lepas saya benarkan pertemuan di antara pemimpin PAS dan Umno berkaitan Islam dan masalah rakyat, serupa sahaja dengan kenyataan yang disebut Presiden PAS.
"Kalau difahami betul-betul tidak bercanggah di antara satu sama lain. Kalau ada perjumpaan hendak masuk Barisan Nasional ia langsung tidak ada. Kenyataan Presiden pun memang begitu,"katanya pada persidangan media di sini, lewat petang ini.
Sebelum itu rombongan anggota Majlis Syura Ulama mengunjungi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 di sini. Perbincangan terbabit diadakan hampir dua jam.
Turut kelihatan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din; Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud.
Ikut serta pertemuan tersebut Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman.
Bagaimanapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu perkataan muzakarah yang di'geger'kan sebelum ini ditukar kepada istilah muqabalah (perjumpaan biasa).
Menurutnya keputusan syura sebelum ini bersetuju diadakan pertemuan biasa dengan pemimpin Umno kerana syura sudah membuat keputusan sebulat suara.
Perkara itu diputuskan pada 23 April lalu manakala pertemuan dengan pemimpin Umno hanya diadakan pada 20 Julai lalu.
Ustaz Abdul Hadi pula berkata, apa yang sebenarnya berlaku bukan muzakarah sebaliknya muqabalah di antara PAS dengan Umno bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dialami umat Islam dan rakyat seluruh negara.
"Masalah yang dialami di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kita minta kerajaan pusat menyelesaikan. Itu yang kita bincangkan dalam pertemuan dengan pemimpin Umno.
"Tidak timbul masalah PAS menyertai kerajaan kerana PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Kita akan terus dengan Pakatan sekarang memenuhi hikmah-hikmah politik yang kita perjuangkan,"katanya.
Bagaimanapun katanya dalam Pakatan Rakyat persefahaman kita tidak akan menjadi halangan, masing-masing memperjuangkan ideologi dan tetap berganding dalam isu-isu bersama.
Menurutnya sebagai orang Islam, PAS wajib menyuarakan kepada orang Islam lain dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan keadilan Islam kepada semua kaum yang ada di negara ini.
Kata beliau di atas prinsip itulah diputuskan Majlis Syura Ulama di mana Timbalan Presiden dan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali bertemu dengan pemimpin Umno bagi menimbulkan isu-isu berkaitan.
Manakala Dr Haron berkata, Majlis Syura Ulama PAS menyedari masalah tersebut berlaku sebelum disedari wartawan, di mana perbincangan Majlis Syura mengenainya dibuat pada April lalu.
"Ketika itu tidak timbul isu muzakarah. Majlis Syura telah menangapi perlu diberi ruang untuk kita bermuqabalah dari face to face.
"Namun apa yang timbul sekarang perkataan muzakarah itu seolah perlawanan seperti yang berlaku di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini di antara Menteri Penerangan dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
"Kita tidak mahu berlawan macam itu, kita nafikan ada muzakarah. Kalau dedahkan begitu akan menimbulkan masalah kerana akan ada yang kalah dan menang. Hanya apa yang ada sekadar pertemuan biasa," katanya.
Beliau menjelaskan mengapa hendak dilarang pertemuan biasa dan PAS bersetuju bekerjasama dalam semua perkara demi kebaikan semua rakyat di Malaysia.
Ditanya pertemuan lain bakal diadakan selepas ini, kata beliau itu mengikut keperluan.
"Bagaimanapun kita mahu lihat respon daripada Umno terhadap apa yang kita kemukakan terlebih dahulu," ujarnya.
Menurutnya juga usaha pertemuan itu sebenarnya dianjurkan pihak Umno.
Kata beliau, mereka yang mengusahakan dan bukti jelas dilihat kepada kenyataan ada tiga pertemuan sebelum ini dibuat sendiri Presiden Umno.
"Mereka yang membuat kenyataan dan merekalah yang mengusahakan pertemuan sebelum ini,"katanya. - mj/mks. _ |
Posted at 03:16 pm by mohdnasir
Permalink
Wednesday, July 23, 2008
solat hajat dan pidato rohanidi seluruh negara
Memandangkan keadaan politik negara kian bergolak malah mencetuskan susana tidak stabil serta resah dikalangan rakyat.
Negara diselubungi fitnah , khianat dan dendam , bagai api yang sedang marak membakar segala keharmonian yang pernah dikecapi oleh rakyat sebelum daripada ini .
Tekanan hidup dan peningkatan kosnya menelurkan sebuah kehidupan yang semakin pincang. Hilang perasaan justeru memburu sesuap nasi . Manusia menjadi rakus tanpa timbang rasa .
Pemimpin tidak lagi menginsafi penderitaan rakyat sebaliknya hanya memikirkan pelan memperkukuhkan survival kuasa dan pengaruh . Pecah amanah , menyelewengkan kepercayaan dan menyalah gunakan kuasa .
Politik menjadi ganas , sosial penuh dosa dan noda sementara ekonomi menjadi pentas sebuah penindasan terhadap golongan yang tidak bernasib baik .
Agama dilihat sebagai halangan untuk mencapai kepuasan dan kebebasan hidup. Para ulamak dipandang hina dan menyusahkan .
Maksiat dan mungkar kini melata, menembusi benteng ummah yang kian rapuh dan runtuh .
Artis dipuja dan julang sementara pendakwah dicerca dan dihalang . Kelalaian mula menguasai anak - anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara di masa depan
....... dan apa yang paling dibimbangi ialah prinsip amal Islami dan nilai akhlaknya semakin pudar dikalangan ummat Islam amnya malah membolosi pertahanan jamaah Islam itu sendiri apabila turut menerjah pemimpin dan anggotanya .
Lantaran itu , Dewan Pemuda PAS Pusat diseluruh negara melalui organisasinya di negeri - negeri adalah diminta agar menganjurkan IJTIMA' RUUHIYYAH untuk Solat Hajat dan Pidato Rohani di sepanjang tempoh bulan rejab ini .
Andai Pemuda PAS Negeri boleh menganjurkan IJTIMA' RUUHIYYAH ini maka aktiviti umumnya adalah bermula dengan solat maghrib berjamaah di Padang yang Luas dan solat hajat dengan dipimpin oleh Ketua Dewan Ulama' Negeri masing - masing yang turut memimpin munajat khas agar Allah menyelamatkan Perjuangan & Jamaah kita serta seluruh ummat dan negara kita dari musibah kegagalan , kecelakaan dan penderitaan.
Aktiviti diteruskan dengan solat Isya' berjamaah lalu diakhiri dengan ceramah Motivasi atau Pidato Rohani yang membangkitkan semangat perjuangan berasaskan aqidah perjuangan yang benar dan tulen .
Fokus ceramah bukan kepada isu dan politik semasa sahaja , tetapi lebih menekankan soal aqidah perjuangan , jihad dan pengorbanan yang saya kira menjadi topik yang semakin pudar akhir - akhir ini .
Pemuda , ayuh kita hidupkan kembali nilai perjuangan berasaskan kekuatan spiritual atau kerohanian yang tinggi tanpa kita bersikap prejudis terhadap kupasan atau bicara isu dan politik semasa . Kembalikan zaman kegemilangan Doa Rabitah dan Wirid al Mathurat .
Masa dicadangkan ialah sepanjang bulan Rejab ini . diharapkan seluruh Dewan Pemuda Negeri dapat melaksanakannya dengan kapisiti minima kehadhiran untuk IJTIMA' RUUHIYYAH ini ialah 5000 orang bagi setiap negeri dan ia tidak hanya terhad kepada pemuda , hanya DPP Negeri menjadi penganjur dan penyelia.
Kepada DPP Negeri yang setuju menganjurkannya sila respon direct kepada setiausaha DPPPusat atau respon terus di blog ini . Insyaallah , pihak seketeriat akan memantau perkembangan.
Jayakan IJTIMA' RUUHIYYAH ini .
Posted at 10:45 pm by mohdnasir
Permalink
|
|