mohdnasir
Male
Alor Setar
keranaMu YaALLAH!!!
   

<< September 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30






"Kereta api negara Iran bergerak tanpa mengenakan brek dan tidak ada gear berundur"...

(kata Dr Mahmud Ahmadinejad,Presiden Iran ketika berbicara tentang isu nuklear di hadapan para ulama Iran di Tehran pada 25 Feb 2007)



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Harakah Daily


TV PAS


Trengganukini


Kelantan tv


penarik beca


Putra kedah 76

Faizal Tehrani

Dewan Pemuda PAS Johor

TV Al Manar

Kamus Inglish - Melayu

Wikipedia

Khairil Faizi

kedahlanie

Dewan Pemuda PAS Padang Serai

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, September 24, 2008
Penyata kewangan Negeri Positif

Izwan Abdul Halim

KUALA KEDAH, 10 September – Laporan semasa kewangan negeri Kedah
menunjukkan perkembangan positif dengan terdapatnya lebihan puluhan
juta ringgit di dalam penyata kira-kira kewangan negeri.

Demikian menurut Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul
Razak semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Penyampaian Zakat Dan
Berbuka Puasa di Masjid Kariah Kampung Hutan, Mukim Padang Hang, di
sini.

"Kita dapat maklumat daripada Pegawai Kewangan Negeri, inilah kali
pertama dalam masa enam bulan, kira-kira kewangan negeri kita
positif," maklum beliau pada majlis itu.

Terdahulu, pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat
mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman
pada petang itu, Ustaz Azizan mengarahkan Syarikat Milik Kerajaan
Negeri (GLC) membuat laporan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah
(BPR) berhubung Jenayah Pecah Amanah yang berlaku di dalam pengurusan
sesetengah GLC terbabit semasa di zaman pemerintahan Barisan Nasional.

Ujarnya, Kerajaan Negeri setelah enam bulan mengambil alih tampuk
pemerintahan menjumpai banyak penyelewengan serta salah guna kuasa dan
wang yang dilakukan pentadbiran terdahulu.

Dalam perkembangan lain, YAB Menteri Besar pada 5 Ogos lalu
memaklumkan Kerajaan Negeri berjaya menjimatkan puluhan juta ringgit
hasil daripada polisi belanja berhemah yang diamalkan selain
mengurangkan 30 peratus peruntukan untuk pembangunan berikutan
kenaikan harga minyak pertengahan Jun lalu.


Posted at 06:57 am by mohdnasir

anashamsul
December 21, 2008   07:49 PM PST
 
banyaknya tittle tak berat nak bawak ke?...
YB DATO SERI USTAZ TUAN HAJI..PERHHH
Wak SP
October 3, 2008   06:52 PM PDT
 
SALAM,

Tahniah buat kerajaan negeri Kedah, cumanya ingin bertanya bilakah kerajaan negeri ingin memberi cuti bersalin selama 3 bulan seperti yg terkandung didalam manifesto.Boleh bagi skit penjelasan.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry